Write For Us

SUARAM tuntut letak jawatan, tuduhan yang berat, Muhyiddin minta polis siasat

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
94 Views
Published
Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan bahawa ada tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dilayan teruk dan menghadapi gangguan mental.
“Saya sudah semak dengan Ketua Polis Negara dan dapati dakwaan itu tidak benar. Malah, mereka dibawa keluar untuk berjumpa hakim dan peguam tetapi tidak membuat aduan berkaitan perkara itu.
“Saya tak boleh terima bulat-bulat dakwaan ini, tetapi kita pandang serius dan akan melakukan siasatan.
“Tahanan juga ada hak untuk membuat laporan jika rasa dilayan oleh pihak berkuasa tidak selari dengan undang-undang,” katanya.
Semalam NGO hak asasi manusia, Suaram berkata Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin perlu meletakkan jawatan sekiranya tidak mampu menyelesaikan isu penderaan tahanan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment