Write For Us

Sultan Abdullah selamat dimasyhurkan Sultan Pahang ke-6

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
137 Views
Published
Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah selamat dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang ke-6 menggantikan ayahanda baginda Sultan Ahmad Shah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar.
Istiadat permasyhuran berlangsung di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang tepat jam 11.00 pagi tadi.
Istiadat pemasyhuran yang disaksikan 1,600 tetamu terdiri daripada kerabat diraja, barisan kepimpinan kerajaan negeri dan wakil masyarakat termasuk ketua kampung di negeri Pahang.
Majlis tersebut mencatat sejarah penting bagi negeri itu selepas kali terakhir istiadat itu diadakan pada 45 tahun lalu, sempena pemasyhuran ayahanda baginda, Sultan Ahmad Shah Sultan Abu Bakar pada 7 Mei 1974.
Pemasyhuran Sultan Abdullah sebagai Sultan Pahang, telah diputuskan Majlis Jumaah Pangkuan Diraja Pahang selepas bermesyuarat pada Jumaat lepas.
Majlis itu sebulat suara bersetuju Sultan Abdullah dimasyhurkan menggantikan ayahanda baginda yang kini dilaporkan dalam keadaan gering dan tidak lagi boleh memikul tugas serta tanggungjawab sebagai pemerintah.
Sultan Abdullah, 59, yang diputerakan pada 30 Julai 1959, di Istana Mangga Tunggal Pekan adalah cahaya mata keempat dan putera sulung Sultan Ahmad Shah dan Almarhum Tengku Ampuan Afzan Tengku Muhammad.
Sebelum dilantik menjadi Raja pemerintah negeri ini, Sultan Abdullah pernah dua kali diamanahkan menjadi Pemangku Raja Pahang iaitu kali pertama pada 28 April 1979 semasa Sultan Ahmad Shah menjadi Yang di-Pertuan Agong ketujuh dan kali kedua pada 28 Disember 2016 semasa kesihatan Sultan Ahmad Shah mula merosot.
Sultan Abdullah mendirikan mahligai dengan Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada 6 Mac 1986. Baginda dikurniakan empat putera dan lima puteri.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment