Write For Us

Sultan: Dr M akan bakar seluruh negara dengan kemarahannya

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
143 Views
Published
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sekali lagi mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad atas kenyataan yang dibuat bekas perdana menteri itu mengenai masyarakat Bugis.
"Beliau dalam keadaan marah dan akan membakar seluruh negara dengan api kemarahannya," titah baginda dalam temubual eksklusif bersama The Star menjelang sambutan Hari Keputeraan baginda ke-72 pada 11 Disember ini.
Sultan Sharafuddin sebelum ini menyatakan rasa tidak senang terhadap kenyataan bekas perdana menteri itu yang mengaitkan Bugis dengan lanun semasa perhimpunan 'Sayangi Malaysia Hapus Kleptokrasi' di Petaling Jaya 14 Oktober lalu.
Baginda bertitah tidak mahu melihat ahli politik menggunakan isu-isu sensitif seperti bangsa dan agama untuk kepentingan politik kerana berbuat demikian hanya akan menghancurkan negara.
"Ini menjadi kebimbangan semua Raja-Raja Melayu, kesemua sembilan daripada kami. Kami sering berbincang mengenai perkara ini semasa mesyuarat pra majlis yang diadakan sebelum Persidangan Majlis Raja-Raja.
"Raja-Raja Melayu amat bimbang. Terlalu banyak isu sensitif dieksploitasi untuk keuntungan peribadi. Isu seperti ini tersebar luar di media sosial dan ia boleh memecah-belahkan rakyat," titah Sultan Sharafuddin.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment