Write For Us

Sultan Ibrahim: Bila masa Johor gadai tanah?

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
106 Views
Published
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menjelaskan, projek Forest City tidak menggadaikan tanah Johor, sebaliknya menjadi pemangkin pembangunan pesat negeri.
Baginda bertitah, bila masa Johor gadai tanah dan gadai apa maknanya kerana Dengan adanya Forest City, maka Johor bertambah besar dan bukannya mengambil tanah untuk pergi gadai.
Memetik laporan Berita Harian Online, Baginda bertitah tanah di negeri Johor mempunyai zon, iaitu zon antarabangsa yang bermakna orang luar boleh beli dan mempunyai status antarabangsa.
Manakala di Forest City, Johor tak menjual tanah sebaliknya menjual strata dan strata itu hak milik kekal tanah negeri Johor.
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menjelaskan bahawa projek berkenaan mempunyai lokasi zon antarabangsa bagi pembeli dari luar negara serta mengekalkan hak milik serta rizab tanah Melayu.
Menurutnya lagi, pelabur antarabangsa dimaksudkan bukan semata-mata dari China, sebaliknya 40 peratus adalah pelabur tempatan, termasuk pihak kerajaan sendiri yang turut mempunyai saham.
Pembangunan Forest City dikritik oleh pembangkang yang mendakwa kerajaan menjual kedaulatan kepada luar apabila menerima pelaburan daripada China.
Pada masa sama, baginda bertitah, projek itu juga bukan sahaja memberi banyak pendapatan kepada kerajaan negeri, tetapi menyebabkan harga tanah di kawasan tersebut meningkat berbanding sebelum ini seperti di daerah Pontian.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment