Write For Us

Sultan Johor dedah ada agen nak bagi RM2 juta satu 'Tan Sri'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
128 Views
Published
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengakui ada sebilangan agen-agen mendekatinya bagi melobi 'jual beli' pingat di mana bayaran yang ditawarkan sebanyak RM2 juta untuk satu 'Tan Sri'.
Tanpa menamakan individu-individu terbabit, baginda menolak tawaran terbabit sambil menegaskan 'itu bukan periuk nasi dengan menjual darjah kebesaran'.
Sultan Ibrahim berkata demikian dalam video laporan eksklusif di Berita Harian sempena Hari Keputeraan Sultan Johor pada 23 Mac ini.
Jelas baginda, masih ada yang percaya bahawa darjah kebesaran Johor boleh dijual beli setiap kali menjelang hari keputeraannya.
Bagaimanapun, Sultan Ibrahim enggan mengulas lanjut bagaimana darjah kebesaran diberikan di negeri-negeri lain.
Menurut Sultan Johor lagi, kurniaan dan nilai darjah kebesaran tersebut diberi pada individu yang layak di atas jasanya.
Malah, baginda sendiri akan menitahkan Jemaah Majlis Raja-Raja untuk memberi gelaran pingat kepada calon yang berkelayakan.
Sultan Ibrahim juga berkata darjah kebesaran Johor adalah unik kerana jika tidak suka memakai gelaran tersebut boleh pulang semula seandainya berasa diri tidak layak dengan gelaran tersebut.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment