Write For Us

Sultan Johor puas hati bakal menantu

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
156 Views
Published
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan dan berpuas hati dengan pencapaian pembelajaran agama Islam bakal menantu baginda, Dennis Muhammad Abdullah.
Pemuda kelahiran Belanda itu bakal menjadi suami kepada puteri tunggal Sultan Ibrahim, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah yang dijadulkan bakal menamatkan zaman bujangnya pada 14 Ogos nanti.
Perkara itu dinyatakan oleh bekas ketua setiausaha negeri, Datuk Ismail Karim kepada Pejabat Media dan Komunikasi Rasmi Keluarga Diraja Johor.
Ismail berkata, Dennis Muhammad diberi bimbingan serta pengajaran Islam oleh sekumpulan ustaz dari Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) sejak awal Mac, lalu.
"Satu modul pembelajaran agama Islam yang intensif dan sistematik dirangka dengan dibimbing pada ustaz dari JAIJ bagi memberikan pengajaran secara sempurna kepada Dennis Muhammad.
"Ini termasuk pembelajaran al-Quran, fardu ain selain pengajaran Bahasa Melayu, protokol dan istiadat Diraja Johor, penulisan jawi serta penerangan mengenai struktur organisasi kerajaan negeri Johor," kata Ismail menurut kenyataan Royal Press Office.
Terdahulu, Ismail bersama isterinya, Zawiyah Mohamed dilantik sebagai keluarga angkat Dennis Muhammad pada awal Februari lalu selepas mendapat perkenan daripada Tuanku sultan dan permaisuri Johor.
Menurut kenyataan itu, Dennis Muhammad memeluk Islam pada 31 Mei 2015.
Ismail berkata, pada 5 Julai lalu beliau mempersembahkan laporan pembelajaran Dennis Muhammad kepada Tuanku Sultan dan baginda berpuas hati dengannya.
"Dalam tempoh tiga bulan sahaja, Dennis Muhammad dapat mengikuti segala pembelajaran dengan baik dan cemerlang, termasuk berupaya menghafal 10 surah terakhir dari al-Quran, Doa Qunut serta ayat kursi," katanya.
Tambah beliau, Dennis Muhammad turut diberikan pengajaran fardu ain merangkumi tertib solat, rukun iman dan rukun Islam, puasa, zakat dan haji.
"Selain tidak pernah lupa menunaikan solat Jumaat, beliau juga tidak pernah ketinggalan menunaikan solat sunat tarawih sepanjang bulan Ramadan," kata Ismail.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment