Write For Us

Sultan Johor tolak tawaran jadi Agong

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
218 Views
Published
Sultan Johor dilaporkan menolak tawaran untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong.
Menurut kenyataan di Facebook Johor Southern Tiger, tindakan itu dibuat demi memberi laluan kepada sultan Kelantan.
“Ini adalah kerana DYMM Sultan Johor ingin memberi tumpuan penuh kepada kedaulatan negeri Johor dan kesejahteraan rakyat Johor.
"Allah Peliharakan Sultan,” petik kenyataan itu yang disiarkan di laman Facebook rasmi Johor Southern Tiger.
Bagaimanapun setakat ini, belum ada pengumuman rasmi daripada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
Jika berdasarkan sistem penggiliran yang ditetapkan Majlis Raja-Raja, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berada pada giliran sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment