Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas empat pertuduhan menipu dan menyamar sebagai sebagai Sultan Melaka di sebuah pusat peranginan di Alor Gajah, tiga tahun lalu.
Berita Harian melaporkan Noor Jan Tuah, 59, dari Taman Seri Gombak, Selangor membuat pengakuan itu selepas jurubahasa membacakan empat kertas pertuduhan secara berasingan terhadapnya di hadapan Hakim Ahmad Sazali Omar.
Mengikut pertuduhan pertama hingga keempat itu, tertuduh didakwa menipu empat lelaki berusia 35 hingga 66 tahun dengan jalan samaran supaya mangsa mempercayai tertuduh sebagai Sultan Melaka dengan membuat majlis istiadat penyerahan surat pelantikan sebagai Sultan Melaka, sedangkan ia bukan identiti sebenar tertuduh.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment