Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran Datuk Paduka Seri kepada isteri baginda, Norashikin Abd Rahman.
Malah, Sultan Selangor juga berkenan melantik isterinya sebagai Tengku Permaisuri Selangor berkuatkuasa 8 September lalu dengan gelaran Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.
Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Setiausaha Dewan DiRaja Selangor, Hanafisah Jais hari ini.
Pada 31 Ogos lalu, Sultan Selangor selamat diijabkabul dengan bekas pembaca berita RTM, Norashikin Abdul Rahman di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang.
Perkara itu disahkan Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor Datuk Munir Bani dalam satu kenyataan.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment