Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mencemar duli melawat kanak-kanak istimewa di Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan di sini, pagi ini.
Keberangkatan tiba baginda diiringi Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah kira-kira jam 9.40 pagi.
Turut mengiringi baginda, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan isteri, Datin Seri Shamshida Taharin serta Pengerusi Persatuan, Datuk Dr Lam Peng Chong.
Dalam lawatan ini, baginda Sultan berkenan meluangkan masa hampir dua jam beramah mesra serta melihat persembahan nyanyian, tarian daripada kanak-kanak istimewa ini serta melawat kelas-kelas pengajian sosial mereka.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment