Write For Us

Sumber: Anwar setuju Tun M jadi PM sementara

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
111 Views
Published
PKR secara prinsip bersetuju untuk menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai perdana menteri dan timbalan perdana menteri sementara jika gabungan pembangkang berjaya menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang.
Memetik laporan Malaysiakini yang memetik sumber, persetujuan itu beserta dengan beberapa syarat semasa mesyuarat biro politik parti pada 19 Disember lalu.
Sumber itu menyebut antara syaratnya adalah membebaskan segera Datuk Seri Anwar (Ibrahim) dan kemudian melantiknya sebagai perdana menteri baru dalam masa enam hingga 12 bulan selepas berjaya mengambil-alih kuasa.
Menurut sumber itu lagi, Anwar juga telah memberikan persetujuan kepada bekas seterunya yang memimpin negara ini selama 22 tahun, untuk menjadi perdana menteri bagi kali kedua.
Sementara itu, sumber lain berkata bahawa Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution akan bersemuka dengan beberapa tokoh dari tiga parti lain, termasuk Mahathir, mengenai perkara itu.
Bagaimanapun difahamkan satu arahan larangan telah dikeluarkan kepada semua pemimpin parti dan gagal mengesahkan berita itu.
Cadangan gabungan Mahathir dan Wan Azizah pertama kali ditimbulkan pada pemukiman Pakatan Harapan pada awal bulan ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment