Write For Us

Sumber saya dan Rafizi berbeza - Husam

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
79 Views
Published
Datuk Husam Musa hari ini memberitahu, beliau tidak pernah bertemu serta berkomunikasi dengan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berhubung dakwaan dana diterima PAS.
Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) itu juga memberitahu, sumber pemberi maklumat berhubung dakwaannya terhadap PAS sebelum ini juga berbeza dengan Rafizi.
"Saya tak jumpa Rafizi, saya tak berkomunikasi dengan dia secara peribadi. Saya tak tahu sama ada apa yang dibangkitkan Rafizi juga (melibatkan) transaksi Affin Bank atau berbeza.
"Kita kena bandingkan nota. Saya kena jumpa dia (Rafizi).
"(Tetapi) saya rasa (pemberi) maklumat kita berbeza. Saya tak boleh beritahu siapa sumber saya, tapi berbeza," katanya pada sidang media di Wisma AMANAH hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan pemberita sama ada isu yang dibangkitkannya Februari lalu adalah isu sama seperti dakwaan Rafizi terhadap bekas pemimpin PAS Datuk Dr Nasharuddin Isa.
Rafizi mendakwa mempunyai bukti bahawa Nasharuddin menerima dana anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd. Nasharuddin dan PAS bagaimanapun menafikan dakwaan itu.
Husam pula mendakwa terdapat dana dimasukkan melalui akaun di Affin Bank.
Kedua-dua dakwaan itu juga mirip dengan dakwaan laman pembocor maklumat Sarawak Report bahawa PAS menerima RM90 juta daripada pemimpin Umno.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment