Write For Us

Sungguh tak patut jika benar Mohd Yasin ini jadi pelaris derma

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
97 Views
Published
Kehadiran kanak-kanak penghidap lebihan cecair dalam otak yang menyebabkan saiz kepalanya lebih besar atau hydrocephalus di jejantas Terminal Bersepadu Selatan (TBS), mengundang pertanyaan orang ramai.
Saiful Izwan Ramli, 36, yang menularkan foto Mohd Yasin yang dirakamkan di TBS, Sabtu, 16 November, mahu tindakan segera kerana mendakwa kemungkinan wujud sindiket menggunakan anak kecil itu sebagai ‘peraih’ untuk mendapat derma.
“Saya bertanya kepada wanita berkenaan dan dia mengakui berasal dari Myanmar,” katanya.
Seorang wanita yang enggan dikenali berkata, setiap kali melalui jejantas itu, dia melihat orang yang berbeza menjaga Mohd Yasin.
“Semalam (kelmarin) saya melihat orang lain yang menjaga anak ini, hari ini (semalam) orang berbeza pula.
“Tidak tahu yang mana satu ibu sebenar kanak-kanak ini, mohon pihak berkuasa siasat,” katanya.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment