#Siscuba yang mempunyai 5 episod dan berdurasi 10 minit ini mengisahkan perjalanan tiga sahabat yang mengejar impian untuk mempunyai sebuah empayar perniagaan sendiri sejak dari zaman sekolah. Sayangnya, impian itu terkandas di tengah jalan apabila berlaku perselisihan faham di antara mereka
Mawar, Nora dan Yasmin adalah tiga sahabat baik sejak dari sekolah rendah. Mawar (Nabila Razali), seorang yang kreatif, Yasmin (Syifa Melvin) seorang pemidato hebat manakala Nora (Sarah Suhairi), mempunyai bakat berniaga sama seperti bapanya, seorang usahawan terkenal. Setiap kali tibanya Hari Kantin, Nora pasti tidak ketinggalan untuk berniaga air dan dibantu oleh Mawar dengan Yasmin.
Satu hari, melihat lakaran tudung Mawar yang cantik, Nora memberikan cadangan untuk mereka memulakan perniagaan sendiri dengan menjual tudung. Namun belum lagi bermula, Nora dan Yasmin telah berbalah. Masing-masing mahu idea mereka diterima dan tidak mahu mengalah. Akhirnya impian itu terkubur begitu sahaja sehinggalah mereka tamat sekolah.
Adakah Yasmin dan Nora akan menundukkan ego mereka? Berjayakah Mawar merealisasikan impian zaman persekolahan mereka itu? Jangan lupa saksikan drama pendek ini - Sunsilk #Siscuba

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment