Sebelum ini Tan Sri Noh Omar pernah didesak meletak jawatan ekoran musibah yang menimpa Pusat Tahfiz Quran Darul Ittifaqiyah di Keramat, ibu negara, awal pagi 15 September lalu.
Kali ini, tiba giliran Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan itu pula memulang paku buah keras kepada pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.
Noh berkata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng perlu meletak jawatan ekoran insiden tanah runtuh di Tanjung Bungah yang mengorbankan 11 nyawa itu.
"Pembangkang jangan nak cari salah orang. Walaupun ini bukan isu politik tetapi terbukti, apa juga pun pembangkang akan cari peluang. Seperti tahfiz terbakar, mereka cari peluang, politikkan isu, mahu tekan saya menteri KPKT mesti letak jawatan bagi bertanggungjawab apabila kebakaran berlaku.
"Sekarang, hari ini, saya nak nasihat pula kepada Lim Kit Siang, tolong nasihatkan anaknya untuk letak jawatan bertanggungjawab dengan tanah runtuh. Sekarang ini Tuhan Maha Kaya, jadi pula di negeri anaknya, Suruhlah anaknya letak jawatan,” kata Noh dalam sidang media di Parlimen hari ini.
Bulan lalu, Kit Siang menuding jari kepada Noh atas tragedi yang menimpa Pusat Tahfiz Quran Darul Ittifaqiyah di Keramat dan meminta beliau meletakkan jawatan sebagai menteri.
Menerusi catatan di blognya, Kit Siang berkata Noh wajar dipecat daripada jawatan berkenaan ataupun sekurang-kurangnya dipindahkan ke kementerian lain kerana kegagalannya menjalankan tanggungjawab memastikan 'kesejahteraan bandar'.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment