Write For Us

Suspek bunuh Dr Fadi masih dalam negara - KPN

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
118 Views
Published
Polis Diraja Malaysia (PDRM) yakin dua suspek utama pembunuhan imam dan pensyarah dari Palestin Dr Fadi Mohammed Al Batsh di Setapak pada Sabtu lepas masih berada di dalam negara, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.
Beliau berkata bagaimanapun pihaknya sukar mengesan individu terbabit kerana mereka dipercayai menggunakan identiti palsu sama ada masuk atau semasa berada di dalam negara.
Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan suspek untuk menghubungi Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Rusdi Mohd. Isa di talian 019-6992261 atau Pegawai Penyiasat Kes, ASP Shahrizal Salleh di talian 017-7134705.
Fadi, seorang pensyarah kejuruteraan elektrik, ditembak mati di luar kondominium Idaman Puteri di Setapak di sini semasa berjalan ke Surau Medan Idaman untuk solat Subuh kira-kira 6 pagi, Sabtu lepas.
Dua lelaki bermotosikal dikatakan menunggu mangsa sebelum melepaskan 10 das tembakan ke arah mangsa berusia 35 tahun itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment