Write For Us

Suspek kes bakar bilal diarah jalani pemeriksaan mental

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
119 Views
Published
Mahkamah Sesyen Alor Setar pada Ahad, 23 Februari memerintahkan tertuduh bagi kes membakar seorang bilal pada Rabu lalu, menjalani pemerhatian selama sebulan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan.
Hakim Juraidah Abbas membuat keputusan itu setelah menolak pengakuan bersalah oleh tertuduh, Muhamad Ayatul Firdaus Masri, 40, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan beliau.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang beralamat di Lorong Kelab, didakwa sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas Amri Budin, 67, di Masjid Al-Hasanah pada jam 6.10 pagi 19 Februari lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun, denda atau sebat.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment