Polis berjaya menahan seorang lelaki manakala empat lagi rakan subahat diburu berhubung kejadian seorang individu dilarikan dalam kejadian di Terminal Bas Shahab Perdana, Alor Setar semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Ahmad Shukri Mat Akhir, dalam kejadian jam 6.30 petang Isnin, seorang lelaki berusia 27 tahun dipaksa masuk ke dalam sebuah kereta oleh tiga lelaki dan seorang wanita.
Kejadian berjaya dirakam seorang saksi di tempat kejadian dan susulan itu polis menerima laporan daripada ahli keluarga mangsa mengatakan anak lelaki mereka dilarikan.
Sumber video: Media sosial

- Category
- TV Saluran - TV Channel
- Tags
- kinitv, malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment