Write For Us

Syabas diheret ke Tribunal Tuntutan Pengguna -FOKUS

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
696 Views
Published
Sinopsis

FOKUS Untuk 11092013

Saksikan secara langsung "FOKUS" yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) diheret ke Tribunal Tuntutan Pengguna kerana didakwa gagal menguruskan bekalan air dengan baik sehingga menjejaskan penduduk sekitar Lembah Klang.

2. Parti Keadilan Rakyat (PKR) melahirkan kebimbangan penurunan kedudukan universiti-unversiti awam negara dalam senarai kedudukan universiti dunia, Quacquarelli Symonds World University Ranking 2013.

3. Kerajaan Negeri Selangor membelanjakan RM984 juta dari Mac 2008 hingga Mei 2013 bagi melaksanakan program dan dasar yang terangkum dalam Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

4. Menteri Kerajaan Pusat yang menghantar anak-anak mereka belajar di luar negara menunjukkan krisis keyakinan yang serius terhadap pelan pendidikan Malaysia.

5. Tindakan keatas premis-premis perniagaan yang melanggar undang-undang di Jalan Teratai, Klang akan diteruskan ke fasa kedua, tegas Pemangku Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Ehsan Mukri.
Category
TV Siri - TV Series
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment