Write For Us

Syafinaz Dedah Nabila Razali Banyak Berubah Selepas AJL35, Bella Menangis Terharu di Event BIG MOUTH

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
80 Views
Published
Penyanyi Nabila Razali mengaku terguris dengan sikap rakan selebriti yang mengkritik dan mengecam aksinya 'terkucil' ketika menyampaikan lagu Peluang Kedua pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-35, baru-baru ini. Lebih membuatkan Nabila atau mesra disapa Bella kesal adalah ada dalam kalangan selebriti terbabit cukup dikenalinya.
"Apa yang Bella kesal kadang-kadang orang yang mencari rezeki dalam bidang ini berbual benda-benda negatif, walhal kita mencari makan dalam bidang sama.
"Malah, ada di antara mereka itu pernah duduk semeja dengan Bella dan berbual.
"Insiden ini sekurang-kurangnya memberi Bella pengajaran, siapa kawan dan yang mana satu lawan.
"Bella tidak pernah ada isu dengan sesiapa atau sakitkan hati mana-mana pihak.
"Sedikit semangat daripada mereka sudah mencukupi kerana itu lebih baik daripada menjatuhkan semangat orang lain," katanya.
Berikutan insiden itu, penyanyi yang popular dengan lagu Pematah Hati ini mengambil masa seharian menenangkan diri.
"Selepas kejadian itu, Bella menangis dan ambil cuti sehari untuk tenangkan fikiran sambil meluahkan rasa sedih.
"Lagipun, emak ada cakap, Bella kena hadapi semua ini kerana inilah jalan yang Bella pilih.
"Harus Bella akui, perkara ini tidak langsung mematahkan semangat Bella untuk terus menyanyi. Bella tidak akan berhenti menyanyi kerana ini adalah kecintaan Bella.
"Bella buat semua ini untuk kepuasan Bella sendiri dan demi kedua orang tua," katanya ditemui pada majlis pelancaran kek lapis Sarawak premium jenama Big Mouth X Nabila Razali di sebuah hotel di ibu negara, malam tadi.
Nabila turut meluahkan rasa terkilan kerana kontroversi itu membayangi kemenangan artis lain pada malam AJL35 yang sepatutnya lebih diberi perhatian.
"Sejujurnya, Bella memang rasa serba salah dan tidak seronok kerana malam itu sepatutnya untuk pemenang.
"Sebaliknya, kisah Bella yang menjadi perhatian sehingga membayangi berita kemenangan penyanyi lain.
"Sehubungan itu, Bella tidak keluarkan kenyataan atau memuat naik video untuk memberikan penjelasan. Bella tidak mahu kontroversi itu berpanjangan," katanya.
Pada acara itu, Nabila turut menyampaikan lagu Peluang Kedua secara langsung dan persembahannya mendapat pujian tetamu yang hadir termasuk guru vokalnya, Datuk Syafinaz Selamat. #NABILARAZALI #PELUANGKEDUA

???? You can also follow me here:
Portal: https://www.budiey.com
IG: https://instagram.com/budiey
Twitter: http://twitter.com/budiey
Facebook: http://facebook.com/BudieyDotCom
Youtube: http://youtube.com/budieychannel
Vlog: https://www.youtube.com/channel/UCpeZPtTv7e8JEm4nkEBR6sw

EMAIL:
Mahu hantar produk & hadiah, or for business enquiries please contact
[email protected]

Thanks for watching!
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
BUDIEY, SENSASI SELEBRITI, TRENDING NOW
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment