Mekanisme pengurusan bagi cadangan pelaksanaan syarat mewajibkan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di Taman Asuhan Kanak-kanak (taska) masih di peringkat perbincangan dengan pihak berkaitan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Dr Wan Azizah, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, pihaknya mengambil maklum cadangan beberapa pihak supaya langkah itu menjadi syarat membuka taska bagi memantau keselamatan kanak-kanak.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) yang menyentuh soal 'memutihkan' pusat asuhan kanak-kanak tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selain mencadangkan jabatan khusus bagi menyelaras semua aspek berkaitan pusat asuhan kanak-kanak.
Dr Wan Azizah berkata cadangan itu akan diteliti dengan lebih mendalam. - Bernama

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment