Write For Us

Syarikat e-hailing digesa kemaskini data penumpang, wujud butang kecemasan untuk pemandu

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
74 Views
Published
Syarikat pengendali e-haling digesa mengemaskini data penumpang termasuk menyediakan butang kecemasan untuk pemandu yang disambungkan terus kepada pihak berkuasa serta bagi mengelak kejadian yang tidak diigini berlaku.

Pengerusi Komuniti Pemandu e-hailing Penggerak Malaysia (KPePM) Zulkifli Zainuddin berkata buat masa ini, bagi sesetengah syarikat e-hailing hanya memaparkan nombor 999 dan pemandu perlu menghubungi sendiri pihak berkuasa jika berlaku kecemasan.

“Jika ditekan butang ini, mereka akan tunjukkan nombor 999, dan jika ketika itu parang sudah dihujung tengkuk, maka tidak ada gunanya lagi.

“Kita mahu pengendali e-hailing supaya jika kita tekan butang kecemasan ini mereka dapat tahu posisi kita dan terus hantarkan bantuan polis. Jika yang ada sekarang ini cuma untuk tukar tayar bolehlah,” katanya katanya kepada pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, hari ini.

Zulkifli berkata pihaknya sudah menyuarakan perkara yang sama kepada syarikat e-hailing namun sehingga kini tiada tindakan susulan dibuat.

“Kita sudah suarakan banyak kali sehingga berlaku kes kematian seorang pemandu Grab di Sabah,” katanya.

Selasa lalu media melaporkan seorang pemandu Grab Mohd Hanafiee Jaafar, 27 meninggal dunia dipercayai disamun dan dibunuh sebelum mayat mangsa dibuang di kawasan semak dekat pantai Kampung Shahbandar, Tuaran.

Sebelum itu kereta dipercayai milik Mohd Hanafiee ditemui di kawasan tapak bazar Ramadan, Indah Permai, Sepanggar dan pemeriksaan mendapati ada kesan darah di bahagian stereng, brek tangan, pintu depan dan cermin.

Susulan daripada itu, dua individu termasuk seorang warganegara asing ditahan bagi membantu siasatan.

Untuk rekod, ini merupakan kes kematian kedua melibatkan pemandu Grab di negara ini.

21 Jun tahun lalu, Pemandu Grab Aiman Nosri, 27 ditemui mati dalam keadaan terlingkup di tempat duduk belakang kereta dengan kepala di bawah mengenai lantai kenderaan manakala kakinya di atas.

Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat sesak nafas kerana dipercayai ditekup menggunakan baju T miliknya.

Kejadian itu membawa kepada penahanan dua lelaki warga asing masing-masing warga Myanmar dan India.

Selain kes kematian, seorang pemandu Grab wanita April lalu turut berhadapan detik cemas apabila dicabul dua lelaki warganegara asing.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment