Write For Us

Syasya tak jadi ke luar negara... Nenek terima baik kehadiran suami, siap belanja makan taufu fah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
4 Views
Published
SUAMI kepada penyanyi Syasya memberitahu hubungan dengan nenek isterinya iaitu Rozie Othman tidak mempunyai sebarang masalah seperti diperkatakan.

Sebaliknya kata Nasrullah Mohd Sapie, 23, Rozie melayannya dengan cukup baik malah pernah belanjanya makan taufu fah ketika bertemu baru-baru ini.

Syasya pula memberitahu neneknya itu bukan tidak merestui perkahwinannya namun terkejut apabila memberitahu mahu bernikah pada saat akhir ketika pelakon itu sedang mengerjakan umrah di Makkah.

Sementara itu, Syasya dan Nasrullah tidak jadi menyambung pengajian mereka di luar negara kerana ingin memberi fokus kepada kehidupan suami isteri di Malaysia.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
mstaronline, mstar, Syasya dan suami
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment