Write For Us

Syed Rosli bidas Jamal

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
113 Views
Published
Seorang pemimpin akar umbi Umno menyelar tindakan Datuk Seri Jamal Md Yunos yang berterusan menyalahkan kerajaan Selangor dalam isu pusat judi.
Dalam satu kenyataan, Ketua Penerangan Umno Taman Cempaka, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail berkata beliau meminta Jamal menggunakan akal dan menjadi lebih bijak sekiranya mahu menyerang kerajaan Selangor.
Ini kerana, kata Syed Rosli, tindakan Jamal yang menyalahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) berikutan lambakan pusat judi di Selangor tidak adil dan tidak tepat.
Jelasnya, untuk melakukan serbuan terhadap sesebuah premis judi ia perlu dibuat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan bukannya PBT.
Sehubungan itu, Syed Rosli memberitahu, kuasa untuk memantau atau menyerbu premis berkenaan bukan ada pada PBT sebaliknya hanya PDRM sahaja yang boleh lakukan serbuan, siasatan dan tindakan di bawah Akta Polis.
Sebelum ini, Jamal yang terkenal dengan pelbagai gimiknya memecahkan meja dalam sidang media antijudi di Ampang.
Selepas membuat sidang media, ketua Umno Sungai Besar itu kemudian bangun, mengambil tukul besar dan menghentak meja di hadapannya beberapa kali sehingga pecah dan patah.
Sebelum memecahkan meja, Jamal sempat memberitahu media bahawa tindakannya memecahkan meja berkenaan sebagai simbolik ke atas kedai-kedai judi yang ada di Selangor.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment