Write For Us

Syed Saddiq gantung jawatan Adun Dengkil sebagai Ketua Armada Selangor

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
117 Views
Published
Adun Dengkil Adhif Syan Abdullah dan pembantu politik Ahmad Redzuan Mohamed Shafi telah digantung daripada jawatan mereka dalam Pemuda Bersatu (Armada).
Dalam satu kenyataan media, Ketua Armada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata mesyuarat Majlis Ketua Armada Nasional telah memutuskan bahawa Ahmad Redzuan akan digantung dari jawatannya sebagai penolong setiausaha dan digantikan oleh Danial Syahiran Ho.
Adhif Syan pula digantung dari jawatan ketua Armada Selangor dan akan digantikan oleh timbalannya, Anas Akashah Nazri.
"Penggantungan ini berkuat kuasa serta-merta sehingga selesai siasatan polis mengenai kes berkaitan.
“Pihak Armada mendoakan semoga siasatan dapat dijalankan dengan lancar dan adil mengikut lunas undang-undang negara,” katanya.
Kedua-dua mereka adalah antara 17 individu, termasuk enam wanita, yang ditangkap dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Jalan Puchong pada awal pagi Ahad lalu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment