Ahmad Daud Rafiei, 52, seorang daripada 224 penjaja terpilih dalam Pengundian Lesen Penjaja Sementara Bazar Aidilfitri@Jalan Raja 2020 di Stadium Titiwangsa Taman Tasik Titiwangsa, pada Khamis, 19 Disember, bersyukur kerana akhirnya berjaya setelah tujuh tahun mencuba.
Dia berharap dikurniakan rezeki melimpah-ruah selepas terbabit mangsa kebakaran 30 gerai di hadapan kompleks Wisma Yakin di Jalan Masjid India dalam kejadian awal pagi 21 Mei lalu.
Bagi Anith Amira Kamalludin, 29, pula dia tidak menyangka kertas undinya yang pertama terpilih dalam proses cabutan pengundian itu dan dianggapnya sebagai pencetus semangat untuk meniaga kelak.
Pemegang Sarjana Perniagaan SME dari Universiti Malaya (UM) itu berharap sambutan orang ramai di bazar kelak di Jalan Raja sehebat di Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Penjaja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Khairul Anuar Mhd Juri berkata proses cabutan undi berjalan lancar tanpa kekecohan dengan pemantauan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Audit Dalaman DBKL dan persatuan penjaja untuk memastikan ketelusan.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment