Write For Us

Tabung Haji ‘kerugian RM700 juta’, dakwa Rafizi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
125 Views
Published
Lembaga Tabung Haji didakwa menanggung kerugian RM700 juta disebabkan oleh pelaburannya dalam industri minyak dan gas.
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, Tabung Haji mempunyai kepentingan besar dalam, Perisai Petroleum Teknologi Bhd (Perisai), TH Heavy Engineering Bhd, Alam Maritim Bhd dan Reach Energy Bhd.
Dengan membandingkan harga semasa saham syarikat berkenaan dengan harga pembeliannya, Rafizi berkata kerugian Tabung Haji adalah sekitar RM684.2 juta.
Beliau berkata demikian dalam sidang media yang disiar secara langsung di Facebooknya hari ini.
Jelas Rafizi, Tabung Haji melabur dalam Alam Maritim pada tahun 2008 ketika sektor minyak dan gas itu berkembang pesat.
Walau bagaimanapun, Tabung Haji membeli kepentingan dalam Perisai dan Reach Energy pada tahun 2014 dan 2016 apabila industri minyak dan gas sedang merudum.
Selain daripada empat syarikat itu, Rafizi berkata Tabung Haji juga mempunyai kepentingan dalam bidang berkaitan dengan minyak dan gas dalam syarikat seperti Dayang Enterprise Holdings Bhd, Uzma Bhd dan Icon Offshore Bhd.
Rafizi mendakwa bahawa Tabung Haji tidak sepatutnya melabur dalam industri minyak dan gas yang tidak menentu kerana dananya adalah dari hasil titik peluh jemaah haji.
Layari berita lanjut
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment