Write For Us

Tabung Sumbangan Perubatan KKM terima sumbangan lebih RM30 juta

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
78 Views
Published
Tabung Sumbangan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menangani pandemik COVID-19 di negara ini, hari ini menerima sumbangan bernilai lebih RM30.3 juta dalam bentuk wang tunai dan peralatan daripada 10 syarikat.

Sumbangan kepada tabung yang dilancarkan pada 23 Mac itu, disampaikan oleh wakil kesemua syarikat berkenaan kepada Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba di KKM di sini hari ini.

Yayasan Petronas, cabang tanggungjawab sosial korporat Petroliam Nasional Bhd (Petronas), yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif yayasan itu, Lita Osman menyumbangkan wang tunai RM20 juta.

Huawei Technologies Malaysia Sdn Bhd yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Michael Yuan pula menyumbangkan keperluan teknologi bernilai RM4 juta.

Sebuah lagi syarikat penyumbang, FWD Takaful Berhad menyumbang RM5 juta yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Salim Majid Zain Abdul Majid.

Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd pula menyampaikan makanan, minuman dan produk penjagaan diri bernilai RM513,000. Sumbangan Unilever itu disampaikan oleh Pengarah Pemasaran Produk Rumah dan Penjagaan Diri syarikat berkenaan, Vincent Tan.

Cenviro Sdn Bhd yang diwakili Ketua Jabatan Hal Ehwal Korporatya, Ismawati Mohd Shah menyumbang wang tunai berjumlah RM500,000. - BERNAMA
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment