Write For Us

Tahanan rumah Najib: 'Orang yang curi RM100 pun tak dapat kurang hukuman'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
6 Views
Published
Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berpendapat undang-undang yang ada tidak seharusnya terpilih dan ia terpakai kepada semua orang tanpa mengira pangkat.

Mahathir berkata demikian ketika mengulas mengenai pengurangan hukuman yang diberikan oleh Najib Razak termasuk titah tambahan supaya dia menjalani tahanan dirumah.

Menurut Mahathir, ia dilihat tidak adil kepada mereka yang menjalani hukuman penjara tetapi tidak mendapat sebarang pengurangan hukuman.

Sebelum ini Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bersetuju memberi pengurangan separuh hukuman penjara yang dikenakan ke atas Najib yang kini ditahan di Penjara Kajang.

Untuk rekod, Najib dijatuhkan hukuman 12 tahun dan denda RM210 juta selepas disabitkan bersalah atas tujuh pertuduhan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan RM42 juta dana bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd (SRC).


Sumber video: https://www.youtube.com/watch?v=fJ5QWUR4A5U
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment