Write For Us

Taja bata bantu Malaysiakini bina bangunan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
481 Views
Published
Selepas beroperasi selama 14 tahun, Malaysiakini akhirnya mempunyai bangunan sendiri apabila bulan lalu, syarikat itu membeli satu bangunan industri yang akan berfungsi sebagai pejabat barunya tahun hadapan.

Bangunan yang terletak di Business Park PJ51, Seksyen 51, Petaling Jaya akan membantu portal berita bebas yang pertama dan tunggal di Malaysia ini maju setapak lagi dalam menyampaikan berita kepada rakyat Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysiakini, Premesh Chandran berkata Malaysiakini memerlukan asas yang lebih kukuh untuk bergerak ke hadapan. Katanya, ibarat pohon, bangunan baru ini akan membantu Malaysiakini bercambah sebelum mampu untuk menjulang ke langit.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment