Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sempat mengusik Ahli Parlimen Jelutong sesudah sidang dewan pada waktu pagi ditangguhkan.
"Apa Jelutong (Rayer). Itu Kampung Manggis kasi roboh pasal apa. Zalim betul la kasi roboh rumah," perli Tajuddin.
Tidak dapat dipastikan projek Kampung Manggis mana yang dirujuk Tajuddin yang sudah diroboh.
Namun untuk rekod seramai 22 penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis diusir pegawai penguatkuasaan Jabatan Perumahan Pulau Pinang kerana sudah tidak layak untuk menduduki rumah pangsa berkenaan.
Kemudian 22 penduduk itu mengadakan demonstrasi di hadapan Komtar beserta memasang khemah.
Ketua Menteri Pulau Pinang Cow Kon Yeow berkata setiap unit kediaman cuma boleh diduduki satu-satu penyewa selama lima tahun, selepas tempoh itu, sewaan akan disemak semula bahagian perumahan awam negeri.
Beliau berkata penduduk yang terjejas telah diberikan masa yang mencukupi untuk keluar sejak tahun lalu, manakala tindakan pengusiran minggu lalu telah ditunda bagi membenarkan rayuan kes mereka di jabatan perumahan negeri.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment