Write For Us

Tak ada standard bawa surat layang ke Parlimen - MP Hulu Langat bidas pembangkang

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
14 Views
Published
Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) menyelar tindakan ahli parlimen membawa surat layang untuk berbahas di Dewan Rakyat.

Sany berkata demikian ketika Azli Yusof (PH-Shah Alam) berbahas untuk menyokong usul yang dikemukakan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) agar Ahli Parlimen Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal digantung daripada sidang Dewan Rakyat selama enam bulan.

Usul itu dikemukakan atas tindakan Wan Ahmad Fayhsal membangkitkan surat layang ketika perbahasan Dewan Rakyat pada 1 Julai lalu, berkaitan dakwaan ke atas penjawat awam JPM dengan maklumat yang tidak disahkan.

Sumber video: https://www.youtube.com/live/rQ7_9NaV66U
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment