Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang lantang mengkritik kepimpinan Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan kerajaan yang mengatakan tiada kemudahan terhadapnya ditarik balik.
"Tidak betul, saya boleh senarai benda-benda yang ditarik balik.
Menurut Jabatan Perdana Menteri (JPM), kerajaan tidak pernah menarik apa-apa kemudahan yang disediakan kepada mana-mana bekas perdana menteri termasuk Mahathir.
JPM dalam kenyataan hari ini berkata pejabat Dr Mahathir telah dibekalkan dengan perjawatan yang meliputi pejabat beliau di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) serta kediaman beliau di The Mines Resort City, Selangor selaras dengan Akta Ahli Parlimen (Saraan), 1980 (Akta 237).
Menurutnya perjawatan yang diperuntukkan kepada Dr Mahathir adalah sebanyak 21 perjawatan.
“Semua perjawatan ini ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan meliputi pembayaran gaji, elaun tuntutan dan lain-lain kemudahan yang layak dinikmati sebagai penjawat awam," kata JPM berhubung status semasa kemudahan untuk Dr Mahathir.
Baru-baru ini tular di media sosial bahawa kemudahan bagi Dr Mahathir dikatakan dikurangkan atau ditarik balik.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment