Beberapa individu akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung sembilan set rakaman perbualan bekas perdana menteri Najib Razak, bulan lalu.
Bagaimanapun, ketua pesuruhjayanya, Latheefa Koya enggan menamakan individu yang akan dipanggil badan pencegahan rasuah itu.
"Saya tidak boleh beri komen mengenai siapa yang akan kita panggil tetapi pada dasarnya saya fikir anda boleh rasa siapa yang akan dipanggil," katanya pada Simposium Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2020 mengenai Permerkasaan Wanita untuk Melawan Rasuah, di Putrajaya, hari ini.
Malah, ketika disoal sekali lagi nama individu yang akan dipanggil SPRM, Latheefa berkata semua orang yang suaranya dirakam dalam rakaman audio tersebut "sepatutnya" dipanggil.
Mengulas lanjut, Latheefa turut mendedahkan bahawa agensi penguatkuasa itu kini hampir selesai dengan siasatannya.
Rakaman perbualan tersebut disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 - kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment