Write For Us

"Tak lama lagi 95 tahun, mana boleh tahan?" - Dr Mahathir

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
93 Views
Published
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menegaskan beliau akan berundur selepas November tahun ini.
“Saya dengar cerita macam-macam, nak suruh saya kekal 20 tahun lagi."
"Saya sudah 94 tahun. Tak lama lagi 95. Mana boleh tahan."
Mahathir juga menjawab soalan pemberita berkaitan dakwaan terdapat 138 anggota parlimen menyokongnya untuk menghabiskan penggal.
"Hari ini Pakatan Harapan (PH) mempunyai majoriti, macam mana boleh dapat angka 138, yang itu orang lain punya kerja, saya tidak tahu (bagaimana) mereka boleh buat macam itu."
Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis pecah tanah Fasa 2: Villa Sirehan dan melawat ke tapak projek 1: Rebungan Resort Langkawi di Ulu Melaka, di Langkawi, hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment