Write For Us

Tak mustahil kebenaran Solat Jumaat akan ditarik balik

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
50 Views
Published
Kelonggaran kebenaran solat Jumaat dan jemaah di masjid berkemungkinan boleh ditarik balik jika berlaku prosedur operasi standard (SOP) tidak dipatuhi.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perkara itu akan dilihat semula memandangkan hari ini adalah hari pertama kebenaran solat Jumaat dibenarkan di beberapa negeri termasuk Wilayah Persekutuan.

Katanya, beliau perlu mendapatkan laporan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) terlebih dahulu.

"Tidak mustahil SOP itu boleh ditarik balik, Menteri Agama akan mengulas lanjut perkara ini. Saya kira penarikan balik kebenaran itu boleh dibuat berdasarkan kes tertentu, mungkin masjid yang tidak patuhi SOP akan dinasihatkan terlebih dahulu atau ditarik balik kebenaran itu, bukan semuanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment