Write For Us

"Tak payahlah karpet merah," kata Tun M pada Nazri

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
161 Views
Published
Tun Dr Mahathir Mohamad sedia menghadiri satu majlis di Padang Rengas di Perak tanpa bentangan karpet merah oleh pengkritik paling lantangnya, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.
Katanya, sebagai rakyat bawahan yang biasa ‘berkaki ayam’, Nazri yang juga ahli parlimen kawasan itu, boleh menjimatkan wang untuk kegunaan lain.
"Saya fikir tak payahlah belanja duit untuk tujuan itu, saya berjalan atas lumpur pun boleh.
“Saya bukan dari golongan tinggi, saya dari golongan bawah yang biasa jalan kaki tak pakai kasut jadi tak payahlah karpet merah.
"Suruh dia guna duit itu untuk belanja bagi kepada orang lain," kata Mahathir dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya hari ini selepas menghadiri pelancaran tayangan Premiere Filem Pendek Sikap.
Semalam, Nazri yang menyedari bahawa Mahathir akan datang ke Padang Rengas pada 25 Mac ini berkata, beliau mengalu-alukannya dan jika bekas perdana menteri itu mahu, beliau boleh membentangkan karpet merah untuk menyambutnya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment