Write For Us

'Tak perlu dedah semua hal tentang peralihan kuasa'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
71 Views
Published
Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata tiada keperluan untuk menjelaskan semua perkara dalam soal perjanjian kuasa antaranya dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
"Tak payah umum semua. Saya berpuas hati dengan beberapa pertemuan saya dengan Dr Mahathir, dan benda ini selesai. Nak korek (isu ini) ajak gaduh tu nak buat apa.
"Kamu tidak boleh minta seorang penyandang perdana menteri untuk beritahu pelbagai hal dalam soal peralihan kuasa," katanya ditemui di majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Parlimen Lembah Pantai, di Kuala Lumpur, malam tadi.
Anwar berkata beliau sentiasa berbincang setiap minggu dengan Mahathir dan memadai dengan mengulangi persefahaman yang dicapai sebelum ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mahathir semalam bahawa beliau tidak akan melepaskan jawatannya ketika negara dalam keadaan berantakan.
Pada masa masa beliau sekali lagi berkata akan berpegang teguh kepada janji untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment