Write For Us

'Tak perlu saya jumpa ibu bapa suspek'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
112 Views
Published
Seorang ibu tunggal, Mashawani Mohamed Shahid, 37 yang kehilangan tiga anaknya dalam kebakaran itu mahu kejadian menimpa Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dijadikan iktibar kepada semua pihak.
Meskipun tidak menyimpan sebarang dendam, beliau mahu semua tertuduh menerima hukuman setimpal.
"Anak saya pun sudah tiada. Kita tidak dapat kembalikan anak-anak saya yang sudah pergi.
"Keputusan (hukuman) untuk mereka saya terima, cuma saya mengharapkan agar diberi hukuman yang setimpal kepada mereka.
"Semua kejadian ini perlu dijadikan iktibar,' katanya bertemu media di Ampang, Selangor.
Tujuh suspek kebakaran pusat tahfiz di Kampung Datuk Keramat Kuala Lumpur kini masih direman untuk siasatan.
Suspek berusia antara 12 dan 18 tahun itu kini disiasat kerana membunuh dan membakar dengan sengaja.
Tiga beradik berusia antara 10 hingga 13 tahun antara 23 mangsa yang terkorban adalah Muhammad Syafiq Haikal Sulaiman 13 tahun, Muhammad Hafiz Iskandar Sulaiman (11) dan Muhammad Harris Ikhwan Sulaiman (10).
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment