Write For Us

Tak suka budaya tikam belakang, ingat PAS kepada PKR

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
124 Views
Published
Pas berpendirian tidak mengamalkan budaya tikam belakang, terutamanya dalam menjalinkan persahabatan bersama rakan sekutu politik.
Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengingatkan mana-mana pihak yang ingin menjalinkan persahabatan politik dengan parti itu untuk menghormati dan jujur dengan pendirian yang dipegang parti itu.
Ini susulan ingatan parti itu kepada PKR yang menjalinkan hubungan dengan AMANAH dan DAP.
Beliau berkata demikian dalam video yang dimuat naik dalam Facebooknya, semasa menyampaikan ceramah di Karnival Ekonomi Anak Muda Kelantan malam tadi.
Turut hadir, Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari, Setiausaha Biro Penerangan Bersatu, Deen Qassim, Naib Presiden PKR, Tian Chua, dan ramai lagi.
Menurutnya, Pas telah berkali-kali dikhianati iaitu semasa berada di dalam BN dan ketika menjalinkan persahabatan dalam Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP sebelum ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment