Write For Us

Takdir Qismah | Episod 21

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
171 Views
Published
Tonton episod penuh di :
Setiap hari, Qismah hidup dalam tekanan dan dilanda rasa bersalah apabila mengenangkan kisah lampaunya. Ketika masih bersekolah, Qismah mengandung anak luar nikah selepas dinodai kekasihnya, Amir. Qismah bergantung sepenuhnya kepada Amir untuk meneruskan kehidupan. Namun, semua hanyalah janji manis Amir bahawa dia akan mengahwini Qismah selepas anak mereka dilahirkan. Malangnya, sebaik saja Qismah melahirkan seorang bayi perempuan, Amir menghilangkan diri bersama bayi itu. Bukan saja hilang tempat untuk bergantung, Qismah juga hilang arah tuju dan meneruskan hidupnya dalam keadaan daif dan berputus asa. Drama bersiri 24 episod ini mula menunjukkan perubahan kepada nasib Qismah selepas enam tahun menanggung penderitaan. Qismah mula mendekati diri kepada Allah dengan bantuan Ustazah Rafidah. Kini, Qismah menyara hidup dengan bekerja sebagai pembantu rumah sambilan di rumah Tuan Rashid dan Puan Ella yang mempunyai seorang anak perempuan berumur 6 tahun, Anis. Qismah berasa selesa bekerja di rumah Tuan Rashid dan Puan Ella yang baik hati. Qismah juga amat menyayangi Anis, anak mereka. Paling mendebarkan, Anis mempunyai tanda lahir seperti anak kandungnya. Anis sangat manja dan rapat dengan Qismah. Puan Ella mencadangkan Qismah supaya bekerja sepenuh masa dan berpindah ke rumah mereka. Qismah berasa serba salah. Dia bercerita kepada Ros mengenai kemungkinan yang Anis adalah anak kandungnya yang lama hilang. Ros menyuruh Qismah mendapatkan sampel rambut dan air liur Anis untuk menjalani ujian DNA. Ros yang kelihatan bersungguh-sungguh membantu Qismah sebenarnya mempunyai agenda tersembunyi. Benarkah Anis anak kandung yang dicari oleh Qismah selama ini?
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment