Write For Us

Takiyuddin cerita Ibrahim Ali pun pernah berbaiah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
113 Views
Published
Ahli Parlimen PAS-Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan berkata semua calon yang pernah mewakili PAS untuk bertanding dalam setiap Pilihan Raya Umum atau Negeri wajib berbaiah, termasuk Datuk Ibrahim Ali.
Kata Takiyuddin, pada 2008 Ibrahim yang menjadi calon PAS bagi kerusi Pasir Mas, pernah berbaiah di hadapan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Takiyuddin, yang juga Setiausaha Agung PAS, turut menerangkan apa yang dimaksudkan berbaiah.
"Sekiranya saya mengkhianati parti dengan lompat ke parti lain bila dipilih menjadi wakil rakyat, maka saya hendaklah letak jawatan. Sekiranya saya tidak letak jawatan, maka segala elaun-elaun yang saya dapat itu adalah haram.
"Dan juga saya berbaiah sekiranya saya mengkhianati parti dan keluar parti, saya berbaiah dengan nama Allah bahawa tertalaklah isteri saya dengan talak tiga," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam ceramah isu semasa di Kota Bharu, Kelantan pada Rabu lalu.
Video tersebut dimuat naik Kelantan TV di Youtube.
Jelas Takiyuddin lagi, tujuan berbaiah bagi menunjukkan kesetiaan kepada parti sepertimana kasih dan sayang suami kepada isteri.
"Tapi kita sanggup berbaiah sampai talak tiga kepada isteri nak menunjukkan bahawa kita berani bersumpah kita tidak akan mengkhianati parti, itu tujuan kita bersumpah...bukan kita tak sayang bini," katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment