Write For Us

"Takkan nak tanya di warung kopi?" soal Nga pada BNBBC

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
121 Views
Published
Itu reaksi Anggota Parlimen Taiping, Nga Kor Ming serta dua lagi pemimpin DAP berhubung gesaan Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) untuk mereka diambil tindakan oleh kerajaan dan Parlimen ekoran dakwaan tidak menghormati Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
7 Mac lalu Malaysiakini melaporkan tiga ahli parlimen DAP menuntut Pandikar Amin untuk meletakkan jawatan kerana menolak usul segera mereka berhubung isu rampasan kapal persiaran milik ahli perniagaan Jho Low dan soalan berkaitan 1MDB.
Dalam kenyataan bersama, Nga Kor Ming (Taiping), Ngeh Koo Ham (Beruas) dan V Sivakumar (Batu Gajah) berkata Dewan Rakyat tidak sepatutnya menjadi "sekutu untuk menutup skandal rasuah".
Menurut mereka, Pandikar gagal menegakkan kebenaran dan perkara paling mulia untuk dilakukannya adalah meletakkan jawatan atau Parlimen berisiko kehilangan imej dan statusnya yang mulia.
Mereka juga mahu Dewan Rakyat untuk meluluskan satu usul menyegerakan penubuhan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung 1MDB dan menyatakan jumlah hutang 1MDB yang dijamin oleh kerajaan.
Gara-gara tuntutan itu Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Samad mencadangkan ketiga-tiga mereka dikenakan tindakan.
Mengulas lanjut dakwaan Nga menyoal BNBBC dimanakah tempat sewajarnya mereka boleh membangkitkan persoalan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment