Write For Us

'Taman Ilmu tak ada kaitan dengan kementerian saya'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
123 Views
Published
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh menafikan bahawa projek hab pendidikan di Besut, Taman Ilmu tidak ada kena mengena dengan kementeriannya sebaliknya katanya ia merupakan projek Kerajaan Negeri Terengganu.
“Taman Ilmu tak ada kena mengena dengan bajet kementerian (saya). Jadi apa yang dikatakan oleh Malay mail absolutely wrong kerana tak ada kena mengena.
“Menteri Besar (Terengganu) akan diserahkan (kepada) Kementerian (Pendidikan Tinggi) tapi kementerian belum dapat apa-apa formal acceptance dari kerajaan negeri kerana projek itu projek kerajaan negeri.
“Jadi kementerian tak boleh campur tangan dalam projek kerajaan negeri dan saya tak berhajat nak campur tangan dalam projek kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.
Semalam Anggota parlimen Pandan Rafizi Ramli menggesa Kementerian Pengajian Tinggi tidak meneruskan cadangan untuk memulihkan projek Taman Ilmu yang diilhamkan ketika Idris menjadi menteri besar Terengganu.
Pada 1 Februari lalu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dilaporkan berkata, rundingan sedang dijalankan dengan Kementerian Pengajian Tinggi bagi meneruskan projek Taman Ilmu.
Kata Ahmad Razif, projek bernilai RM300 juta yang dimulakan pada 2004 itu dijangka siap Oktober ini.
Pembangunan Taman Ilmu tergendala apabila Datuk Seri Ahmad Said - yang juga seteru Idris dalam Umno - dilantik menjadi menteri besar selepas pilihan raya umum ke-12 pada 2008.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment