Write For Us

Tan Cheng Hoe ke FAM untuk jatuhkan Kedah? Ini jawapan TMJ

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
107 Views
Published
Ketika sesi Face Off malam tadi Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjawab persoalan tentang perpindahan bekas jurulatih Kedah Tan Cheng Hoe ke badan induk bola sepak negara sebagai pembantu jurulatih skuad kebangsaan.
TMj menjawab soalan yang mengatakan langkah itu seakan-akan kepentingan TMJ mahu melihat pesaing Johor Darul Ta'zim (JDT) iaitu Kedah lemah selepas ketiadaan Tan Cheng Hoe.
TMJ menjawab dengan penerangan bahawa ketika Persatuan Bola Sepak Kebangsaan (FAM) mengadakan proses memilih ketua jurulatih baru, baginda mahukan seorang anak tempatan sebagai pembantu jurulatih.
FAM mengeluarkan pekeliling untuk mana-mana jurulatih tempatan datang kepada FAm jika berminat dan Tan Cheng Hoe datang kepada beliau.
"Tan Cheng Hoe telah datang ke rumah saya. Dia sendiri yang mahu meninggalkan Kedah untuk bekerja dengan organisasi di bawah pimpinan saya"
Tegas TMJ tiada isu memancing Tan Cheng Hoe dengan umpan duit, beliau di tawarkan gaji sama seperti apa yang beliau terima di Kedah.
“Tan Cheng Hoe dapat gaji yang sama dengan beliau dapat di Kedah. Kedah bayar cukai untuk beliau dan FAM tidak"
TMJ juga berkata Tang Cheng Hoe mahu berpindah kerana kerana tiada pelan jangka masa panjang olehPersatuan Bola Sepak Kedah (KFA).
Sambil berseloroh TMJ berkata " “mungkin ada jembalang tanah di dalam organisasi mereka"
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment