Write For Us

Tanah Kg Baru : 'Salah! Saya tak tahu undang-undang bawah mana Menteri Wilayah nak gunakan'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
103 Views
Published
Kerajaan tidak boleh menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 untuk mengambil tanah di Kampung Baru yang enggan dijual pemiliknya, kata Ketua Pembangkang Ismail Sabri Yaakob.
Ismail membangkitkan Seksyen 3(1)(a) Akta Pengambilan Tanah 1960 yang menyatakan kerajaan boleh mengambil mana-mana tanah untuk projek awam.
"Kalau hendak buat hospital di Kampung Baru, baru boleh ambil. Kalau rakyat (pemilik) tidak setuju pun boleh ambil. Kemudian kalau tidak setuju dari segi nilai pampasan, tuan tanah boleh saman di mahkamah untuk tentukan jumlah pampasan.
“Di Kampung Baru bukannya untuk kegunaan awam tetapi adalah untuk tujuan komersil. Kalau tujuan komersil, Akta Pemilikan Tanah 1960 tidak membenarkannya,” katanya di Parlimen.
Beliau mengulas Menteri Wilayah Khalid Samad yang dilaporkan berkata akta tersebut mungkin digunakan dalam keadaan tertentu dalam isu tanah Kampung Baru, iaitu jika ada pemilik yang enggan menjual lotnya di saat pemilik lot lain tanah itu sudah bersetuju.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment