Write For Us

Tanam padi wangi untuk benih

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
81 Views
Published
Sebanyak 50 tan benih padi wangi varieti MQR76 akan ditanam di tanah seluas empat hektar di Ladang Merdeka Senor, Meranti, di Pasir Mas.
Penanaman benih padi wangi itu adalah untuk bekalan kepada petani di bawah Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) sebaik ia masak dan boleh ditanam di tanah seluas 350 hektar.
Pengerusinya, Senator Datuk Husam Musa, berkata penanaman padi wangi varieti MQR76 di Kelantan sudah dimulakan di Selising, Pasir Puteh sejak dua tahun lalu dengan keluasan 120 hektar.
Beliau ditemui pada sidang media selepas majlis perasmian Program Peningkatan Hasil Projek Perintis Padi Wangi Varieti MQR76 di Ladang Merdeka Senor, pada Selasa, 14 Januari.
Husam berkata, dari segi harga, beras wangi lebih mahal iaitu RM1,860 per tan (termasuk subsidi RM360) berbanding RM1,560 untuk beras biasa dan penanamannya jelas memberi pulangan lumayan kepada pesawah.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment