Gara-gara mahu mengambil pemetik api yang terjatuh ke dalam lubang tandas, seorang lelaki berusia 42 tahun mengerang kesakitan apabila tindakan itu menyebabkan tangannya tersangkut.
Kejadian itu berlaku di rumahnya di Taman Seri Kemuning, Temerloh semalam sewaktu dia hanya berseorangan sebelum menjerit meminta bantuan jiran selepas tangannya tersangkut.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh, Hashnuddin Hussin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan 4.18 petang sebelum tiba bagi melakukan kerja memotong bahagian salurnajis berkenaan.
Katanya, anggota bomba menggunakan beberapa peralatan khas iaitu mesin pemotong besi dan batu sebelum mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit dalam tempoh kira-kira 20 minit.
Mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) untuk tindakan lanjut.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment