Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersikap tidak rasional apabila mempertikaikan penangkapan anak saudara menteri besar itu bermotifkan politik.
Noh berkata Azmin mempolitikkan isu tersebut seolah-olah mahu mengubah persepsi rakyat kononnya pentadbiran mereka bersih, telus dan bebas rasuah.
"Saya sikit tak hairan kalau Azmin kata benda macam itu. Sebenarnya, dia yang suka mempolitikkan isu. Bagi dia, jangan kacau dia. SPRM tangkap pemimpin Umno, ok betul. Polis kalau tahan pemimpin BN, betul. Jangan kacau dia. Kalau mana-mana pihak PKR kena tahan, dia kata politik. Mereka nak ubah persepsi rakyat kononnya golongan yang telus, bersih, maksum, tak ada rasuah. Ini sebenarnya permainan Azmin.
"Sebab itu Tan Sri Mat Taib, Tan Sri Khalid Ibrahim meluat dengan cara Azmin ini. Tinggalkan ini semua. Bawa masuk balik kepada BN kerana kita telus dan tidak ada politik.
"MB Selangor telah hilang cara nak memerintah Selangor. Dia lebih sibuk di luar Selangor," katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Penjawat Awam KPKT di Putrajaya.
Anak saudara Azmin berusia 34 tahun itu ditangkap bersama tiga lagi suspek pada 29 November lalu atas tuduhan terlibat dalam kegiatan melombong pasir di Selangor.
Syarikat perlombongan pasir itu dituduh merasuah pegawai majlis tempatan di Kajang tempat ia beroperasi.
Bagaimanapun, pejabat MB dan Azmin sendiri menyatakan ia suatu konspirasi bagi pertunjukan Persidangan Agung Umno yang bakal berlangsung minggu depan.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment