Write For Us

Tapak pelupusan sampah kedua terbakar di Kedah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
104 Views
Published
Satu lagi tapak pelupusan sampah di Kedah iaitu di Kamunting, Jitra, terbakar dan usaha pemadaman sedang dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah yang sudah mengambil masa 18 jam.
Kebakaran itu menjadikan kes kedua membabitkan tapak pelupusan sampah di negeri berkenaan.

Sejak 12 hari lalu, JBPM negeri berusaha memadamkan kebakaran di tapak pelupusan sampah di Semeling, Sungai Petani.

Ketua Zon I JBPM Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Wan Mohd Hamizi Wan Mohd Zain berkata, lebih satu hektar kawasan tapak pelupusan sampah itu terbakar biarpun kawasannya seluas empat hektar.

Menurutnya, seramai 20 anggota dari tiga balai bertugas mengikut syif membantu memadam kebakaran sejak 6 petang Sabtu dan operasi masih diteruskan.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment